
Dia ibarat buku lama. Tidak ingin lagi disentuh. Tidak ingin lagi diselak lembaran kisah yang tersimpan di dalamnya. Telah lama disimpan rapi dalam peti berkunci. Menjalani hari demi hari dengan melupakan segala cerita yang terkandung dalam buku itu.Tenang bila dapat melupakan.Kembali resah bila sahaja cerita yang tersimpan diulang cerita.Sesungguhnya ia sesuatu yang mustahil untuk dilupakan.