Mulut Jahat Hati Baik?

krempeng
Mulut je jahat..tapi hati dia baik..seringkali kita dengar seseorang berkata begitukan. Ajaran salah tu...kata Prof Izi dalam tazkirahnya di Hot FM Refleksi..seseorang yang punya hati yang baik dan bersih tidak akan bercakap sesuatu perkara yang sia-sia dan menyakiti orang lain. Betulkan?? Seseorang yang berhati baik akan menjaga hati orang sekelilingnya,menjaga tutur katanya dan menjaga perhubungannya dengan orang lain. Sesungguhnya kerana mulut badan binasa..dan kata-kata adalah lebih tajam dari pisau...kan..kan..Mungkin jika kita meminta maaf pada orang yang kita sakiti..dia akan memaafkannya..tapi sesungguhnya..parut itu masih ada dihatinya..terlajak perahu boleh diundur..telajak kata....?? Diam adalah lebih baik..jika berkata-kata tetaoi perkara yang menyakiti orang lain..fikir2kan..


Peringatan untuk diri nazz sendiri sebenarnya..dalam sedar dan tidak..ada kata-kata mungkin mengguris hati sesiapa..mohon ampun maaf ye....


Daa..