
Pasti ada yang setuju dan ada yang tidak dengan statement yang menjadi tajuk entry nazz hari ini. Tetapi bagi nazz, nazz melihat buktinya yang berlaku dalam keluarga nazz. Seorang wanita yang kematian suaminya mampu meneruskan kehidupan membesarkan anak-anak dengan tabah. Bukan tiada insan yang sudi menjadi pengganti,tetapi hati memilih untuk melihat anak-anak bahagia dari memikirkan kebahagiaan diri sendiri.
Tapi seorang lelaki yang kematian isterinya, rupa-rupanya tidak sanggup untuk bersendirian. Si ayah mencari peluang mencari pengganti tanpa memikirkan anak-anak yang tersinggung dengan tindakannya.Anak-anak yang masih belum hilang rasa sedihnya kerana kehilangan ibu yang disayangi menentang.Namun si ayah mempertahankan keinginannya kerana berpendapat anak-anak belum mengerti apa yang dia telah lalui.Si anak terus menyalahkan si ayah kerana terlalu cepat mencari pengganti. Si ayah terasa hati dengan anak-anaknya kerana anak-anak tidak memahami kesunyian dan kesedihan yang dialami dikala anak-anak sibuk belajar dan bekerja.Akhirnya anak-anak akur dengan kehendak ayahnya kerana sayang kan si ayah.Ibu telah tiada dan mereka tidak sanggup untuk kehilangan ayah pula.
Kesimpulannya,pak cik nazz nak kahwin lagi..so bulan depan nazz dpt mak cik baru..semoga insan itu adalah yg terbaik utk pak cik nazz.Amin..