Tertarik dengan cerita-cerita dari pendengar Hot Fm tentang tajuk dalam Hot Chat Oh Wira ku. Kebanyakan pendengar bercerita tentang seseorang yang membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan dan bantuan itu dihulurkan tanpa diminta. Kerana keikhlasan member bantuan itu,mereka diangap sebagai Wira. Ya, mereka layak digelar Wira kerana mereka mengeluarkan seseorang itu dari kesulitan dan masalah. Dalam islam pun kita digalakkan memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang berada didalam kesusahan.Besar ganjaran nya."Orang yang melapangkan kesusahan seorang Muslim, Allah s.w.t. akan melapangkan darinya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan akhirat." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Nazz juga pengalaman sebelum ini, masa tu motor yang dinaiki nazz dan arwah ayah pancit. Hari dah malam dan bengkel motor pula agak jauh. Pada ketika itu, bagai kan tiada apa yang dapat yang dilakukan dari menyorong motor dan berjalan kaki sehingga jumpa bengkel motor. Masa tu mana mampu nak ada handphone cam zaman sekarang ni..so bila berada dalam situasi macam tu memang tak tau nak hubungi siapa untuk minta tolong. Kereta dan motor lain yang lalu disitu hanya memerhati sahaja. Tapi ada seorang hamba Allah ni seorang india menawarkan bantuan untuk membawa motor kami dengan lori nya untuk dihantar ke bengkel terdekat.Kebetulan dia juga tinggal berdekat kawasan rumah kami. Terharu gak ar..ada juga orang nak tolong..dan bersusah payah plak tolong angkat motor tu keatas lori..tapi yang lucu nya..disebabkan wife dan anak pakcik tu dah duduk dibangku depan..nazz dan ayah duduk kat bahagian belakang la..1st time naik lori dan duduk kat belakang ..banyak angin oooo...takda bumbung..
Sesungguhnya bantuan itu datang dari Yang Maha Esa melalui pakcik india itu.Syukur sangat masa tu..tidak mengira bangsa dan agama,bantuan tetap dihulurkan.
Tapi situasi hari ini, buat baik perlu bertempat dan berhati-hati dahulu kerana ramai yang mengambil kesempatan diatas keperihatinan orang lain..kan.. kan..kan..
Ok daa..