Angah

krempeng
Assalammualaikum..
Hi korang..nak update blog arini..tapi nak type cam blurr je..tapi ade 1 entry selama ni tersimpan kat draf je..dari tak de ape nak tlis..publish je ar entry ni..
Hari ini sekadar ingin berkongsi cerita tentang Pak cik nazz.Pakcik nazz a.k.a abang sulung mak nazz ktorng panggil dia Angah.Pelikkan..pakcik sulung tapi panggil angah bukan pak long..nazz pun tak tau nape..tp dr dulu memang panggil angah bukan Pak ngah atau Pak long. Isteri dia a.k.a makcik nazz pun panggil Angah..untuk mengelakkan konpius ktorng panggil Angah Sad(pakcik) dan angah Aya(mak cik)...huhuhu..
Nazz mengagumi keperibadian Angah Sad.Seorang yang rajin bekerja,seorang yang yang boleh diharapkan dan menjadi tempat bergantung opah dan saudara mara lain sebagai ketua keluarga selepas ketiadaan atuk. Angah Sad juga ibarat ayah kedua pada nazz kerana banyak bantu nazz terutama dalam menghantar nazz belajar dulu. Setiap sem angah akan hantar barang2 nazz dan nazz ke UiTM Arau Perlis.Dia tidak pernah berkira atau mengungkit.Seorang yang pemurah,mudah mesra dan dengan kanak-kanak.Kalau ada adik beradik dan saudara mara yang sakit,ditimpa musibah atau meninggal, Angah sad adalah orang yang paling ambil berat.
Satu lagi yang nazz kagum,walau dulu nya Angah hanya seorang tukang kebun di sekolah,Angah Sad mampu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan diwaktu malamnya pula. Masuk tahun ni Angah Sad dah pencen,tapi masih menerima tawaran untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji yang tinggi sebab pengalaman dia dan kerana kelebihannya memiliki lesen senapang...huuhu..kalau ada masa di rumah selepas bekerja dia tak reti duduk diam jgk..rajin membersihkan kawasan rumah atau ade je la kerja yg dia buat.
Satu je perangai dia yang family semua tension sikit..dia kalau dah jumpa kawan bersembang..sembang tak ingat dunia..hehehehehe..so kalau gi mane2..tb2 Angah lambat je..tau la tu..dia dh jmpa kwn sembang la tu..huhuhu
Sedikit kecewa anak2 lelakinya tak macam dia..tak serajin dia..sebab tu walau dah tua Angah masih bekerja.Alhamdulillah Angah juga tidak ada sebarang masalah kesihatan dan kudrat yang masih mengizinkannya bekerja.
Itu je..daa..
P/s: Hari ni birthday en coco...dia terlalu sibuk ..tiada masa nak sambut hari lahir sendiri ...(T_T)..