Rabu-Sampai di kampung agak lewat kerana bertolak dari Selayang lepas maghrib.Bercadang melawat Tok Andak di Hospital Ipoh esok sahaja.
Keesokannya,lepas sarapan kami dikejutkan dengan berita Tok Andak koma.Dalam hati terkilannya..sepatutnya melawat semalam je sebaik smpai walaupun hari dah malam. Sebenarnya Tok Andak masih sihat pagi itu,menantu nya sempat mandikan dan memberi sarapan dan Tok Andak sempat meminta menantunya bawakan limau nanti bila dtg melawat lagi.Tetapi selepas menantunya balik,Tok Andak koma,dia pun tak sangka baru je tadi dia jumpa. Kami sekeluarga agak kelam kabut bersiap untuk ke Hospital,Opah dah risau dan menangis,mana tidaknya Tok Andak adalah adik kepada Opah.Walau Opah tak larat berjalan digagahkan juga untuk mengikut kami ke Hospital.
Sesampai di Hospital,Ya Tok Andak dah koma dan kami tunggu di Hospital sehingga petang,menunggu jika ada perkembangan apa-apa. Nazz sedikit kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh salah seorang Doktor,keluarga kami bertanya,apa ikhtiar yang mereka akan lakukan memandangkan keadaan Tok Andak yang macam ni?Jawabnya,kami tiada apa2 ikhtiar lagi.Jawapan itu seakan-akan menyatakan Tok Andak tiada harapan lagi.Keluarga berbincang,boleh bawa balik ke?Kata Doktor,boleh.. tapi keluarga kena bertanggungjawap apa2 terjadi selepas ini. Tapi anak Tok Andak yang masih dalam perjalanan balik dari Sarawak ke Perak tidak bersetuju bawa Tok Andak balik.
Keesokan harinya,Tok Andak sedar,sedar dalam erti kata dia mampu untuk membuka mata,dan walau lemah dan tidak mampu untuk bersuara,tapi dia mampu untuk memberi respond apabila dipanggil,Alhamdulillah..Seterusnya,Tok Andak dipindahkan ke ICU,dan kami berharap kesihatan Tok Andak semakin baik.
Pengajaran yang Nazz dapat,kalau kita dikhabarkan tentang orang yang sakit,jangan bertangguh untuk melawat.Satu lagi,jangan sesekali putus harapan walau Doktor kata tiada harapan,mereka itu bukan tuhan dalam membuat keputusan ajal maut seseorang,yang memberi kesembuhan dan penyakit adalah Yang Maha Esa,teruskan berdoa dan pasti ada keajaibannya.Namun andai sudah ketentuan yang disayangi pergi meninggalkan kita..redha lah.
P/s: Teringat masa Arwah ayah sakit dulu..memang kami redha diatas ketentuan yg Esa