Irama ong gedek..gedek..

krempeng
Assalammualaikum,

Hujan lagi malam ini, tapi tidak lebat seperti hari-hari sebelumnya. Kedengaran di luar rumah, irama sang kodok yan sedang ber konsert agaknya.Bagi nazz irama tu tak sumbang tapi adalah irama yang menceriakan malam yang sepi.Irama sang kodok malam ini,bagai kan kunci yang membuka segala kenangan sewaktu nazz tinggal di kampung dahulu.

Ketika itu,nazz bersekolah dalam darjah3 dan tinggal bersama opah dan pak cik.Mak,Ayah dan adik2 yang lain tinggal di KL.Itu adalah pengalaman pertama nazz berpisah dengan Mak.Lama pula tu.Tapi pengalaman tu telah mengajar nazz untuk tabah bila berjauhan dengan keluarga sewaktu menuntut ilmu di Uitm Arau,Perlis.

Sewaktu di kampung,macam-macam permainan nazz telah cuba.Antaranya batu seremban,teng teng,rounders(betul ke eja nie),baling kasut,baling tin,main kejar-kejar,main masak-masak dan main bola pun ada. Itulah antara aktiviti budak-budak kampung pada ketika itu.Sekarang ini,jauh beza nya dengan dahulu kerana iada lagi budak-budak yang main macam permainan yang nazz main ketika itu.Mereka lebih suka main game di komputer,lepak di cyber cafe,chatting di internet dan sms siang malam.Jika ditanya pada sepupu nazz yang sebaya nazz ketika itu,rasanya mereka tidak pernah tahu pun pasal permainan baling kasut atau baling tin ini.Jika dahulu setiap hujung minggu je,itu la permainan nazz,bermain sampai kakak saudara dan makcik berpekik suruh balik.Bermain sampai terkoyak seluar.

Sewaktu itu juga,ada jiran yang menjual laksa.Harga 50 sen,60 sen dan RM1. Dia akan letak dalam plastik air dan letak straw.Sambil bermain pun kami boleh makan laksa. Tapi makcik dan opah marahsebabnya hari-hari hendak beli,tak ke mebazir namanya.

Sekolah nazz jauh dan perlu menaiki bas.Pak cik nazz adalah pengusaha bas sekolah, dan setiap hari naik bas dia. Bas dia adalah model lama lebih kurang macam bas mini warna merah jambu di KL suatu ketika dulu. Bas tu pakcik nazz dah jual untuk buat modal beli bas baru dan mengembangkan lagi perusahaan dia. Banyak kenangan dengan bas itu.Bas itu pernah rosak dan berasap dan kami terpaksa balik lewat dan tumpang bas sekolah lain. Nazz tidak akan lupa bas kawan pak cik, bas tu lebih kecil dari bas pakcik dan biasa la bas lama,semput-semput. Kami panggil bas itu,"bas joget"

Nazz dan sepupu mengaji dengan Arwah Opah Awe.Dia suka bercerita.Lepas mengaji mesti ada cerita. Dia juga sangat garang,dan nazz pernah menangis kene tengking sebab tak reti baca.Lepas tu nazz dah start malas-malas nak pergi mengaji.Opah selama ni manjakan nazz pun naik angin dan kena la seliang kene pukul. Pukulan yang ingin mengajar nazz jangan nakal sangat.

Suatu lagi yang pernah mendatang kan kemarahan makcik dan opah nazz ialah mandi sungai.Nazz suka sangat mandi sungai,kalau boleh hari-hari nak pergi. Masa tu tak da rasa malu lagi,belasah je mandi.Mandi sehingga lupa dah maghrib dan semesti nya balik kene marah.

Nazz sangat nakal dan asyik bermain sahaja sehingga pelajaran nazz merosot. Bila cuti sekolah,mak balik kampung pun tidak kenal anak sendiri sebab nazz sudah gelap ,selalu sangat main panas.Nazz bertahan setahun sahaja. Masuk darjah 4 nazz balik KL semula berpindah sekolah dan duduk dengan Mak dan Ayah semula. Sesungguhnya pengalaman menjadi budak kampung adalah kenangan yang terindah yang tidak akan nazz lupa sampai bila-bila.

P/s: Yeah..berjaya nazz tulis dengan penuh keskemaan..maaf le ayat tunggang langgang..niat di hati naz belajar jadi penulis.. :p MySpace ada bakat ke?