PMS

krempeng
Apakah itu Sindrom Sebelum Haid?



Sindrom sebelum haid (Prahaid) atau PMS merupakan rangkaian 3 gejala iaitu dari segi fizikal, tingkah laku dan fisiologi yang berlaku sebelum datangnya haid.

Ianya terjadi di antara 7-14 hari sebelum datang haid dan akan hilang apabila haid bermula. Penyebab sindrom ini ialah ketidakstabilan hormon iaitu hormon estrogen sebelum ketibaan haid .



Mengenali Gejala PMS




-Kemurungan

-Sakit Kepala

-Penambahan beratbadan/mengidam

-Kerengsaan atau tidak berupaya untuk memberi tumpuan

-Pembendungan cecair dan kembung perut

-Keresahan/ketegangan

-Kelesuan/Loya



Perhatian:




Catatkan di dalam carta haid segala gejala atau perubahan di atas apabila ianya berlaku.Perhatikan sama ada:

• Gejala-gejala itu berlaku 14 hari sebelum datangnya haid.

• Gejala itu menjadi semakin serius dalam masa 7 hari atau sebelum haid.

• Anda merasa lega apabila haid bermula.



Penjagaan Sendiri



Amalkan :



SENAMAN: Tiga kali seminggu, 20 - 30 minit bagi setiap sesi. Anda boleh memilih untuk berenang, berjalan kaki, berbasikal, atau bersenamrobik. Aktiviti ini boleh membantu mengendurkan otot-otot anda dan mengurangkan air dalam badan anda.



BEREHAT: Tarik nafas sedalam-dalamnya. Mandi dengan air suam.

TIDUR: Bagi sesetengah kes, PMS membuatkan anda tidak dapat melelapkan mata di waktu malam. Jika ini berlaku, dapatkan kesempatan untuk tidur di waktu-waktu lain.



PAKAIAN: Gunakan pakaian dalam yang diperbuat dari kapas terutamanya apabila buah dada anda terasa sakit.



PEMAKANAN: Kurangkan pengambilan garam. Ini akan dapat mengurangkan kembung.



KAWAL: Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Makan 5 hingga 6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit menggantikan pengambilan 3 kali sehari dalam kuantiti yang banyak. Sertakan vitamin tambahan, terutamanya vitamin B6 & E, dan zat-zat mineral, seperti kalsium dan magnesium dalam pemakanan anda. Minum air secukupnya.

Jangan Mengamalkan:



TEKANAN: Elakkan dari tekanan emosi semasa menghadapi PMS



TIDAK PERLU: Mengidam terhadap makanan tertentu



TABIAT: Merokok, mengambil alkohol, memakai pakaian yang ketat.



Bagaimana mengawal secara perubatan:



Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh diambil untuk mengurangkan sebahagian dari gejala-gejala PMS, antaranya:

• Aldactone, pil ini diberi untuk mengurangkan pembendungan cecair dalam badan.

• Progesteron, merupakan hormon yang diambil secara oral (melalui mulut)

• Ubat penahan sakit, contohnya parasetamol atau asid salisilik.

• Minyak Evening Primose sebanyak 1500 mg sehari juga boleh membantu dalam beberapa kes PMS dengan cara mengurangkan gejala-gejala perubahan mood, kerengsaan (mudah meradang dan sebagainya) dan kemurungan.

• Vitamin E sebanyak 600 IU sehari boleh mengurangkan kesensitifan payu dara.

Dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.





Sumber: http://www.infosihat.gov.my/